Friday 21 December 2012

Latarbelakang Tadika




Tadika Kalam Bistari Ceria berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan nombor  pendaftaran PPDHL/BOB 4202 di daerah Hulu Langat yang beralamat No. 16 Jalan 4/10C Seksyen 4 Tambahan,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor.Kami mula beroperasi pada Januari tahun 2012.Lokasi kami dikelilingi Insititut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seperti Universiti Kebangsaan Malaysia,Universiti Putra Malaysia,Insititut Perguruan Malaysia,German-Malaysia Institute,UNITEN dan KL Infrastructure College University.Pemilik kepada tadika iaitu Encik  Ahmad Safari bin Tauran bersama isteri beliau Puan Zurida binti Hashim.Suami beliau berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(Elektronik) dan telah bekerja dalam bidang Penyiaran selama 12 tahun di TV3.Sementara isteri beliau 10 tahun berpengalaman di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.